Sunday, November 23, 2008

Program Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2008

PERKHEMAHAN SALAM-ILMU 2008

Pengenalan
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua yang saya hormati sekalian. Untuk julung kalinya PUSAT ICT SALAM-KEMAS akan mengadakan satu program yang akan dilaksanakan pada musim cuti akhir tahun persekolahan. Program ini dinamakan ‘PERKHEMAHAN SALAM ILMU 2008’ anjuran PUSAT ICT SALAM-KEMAS dibawah YAYASAN SALAM MALAYSIA. Oleh itu pelajar Pusat ICT serta ibubapa amatlah dialu-alukan untuk bersama menjayakan perkhemahan ini nanti

Tujuan
Di samping mengisi masa lapang cuti persekolahan, ia bertujuan untuk menambahkan ilmu dan memantapkan lagi daya pemikiran kepada para peserta. Semasa mengikuti perkhemahan ini nanti, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan mereka juga akan mendapat satu pengalaman pembelajaran masa kini seperti dalam bidang pengkomputeran. Tidak lupa juga dari segi keagamaan akan turut disalurkan.
Selain daripada itu, sikap kesukarelaaan dan daya pemikiran yang progresif akan diambil kira untuk mengisi tempat dalam perkhemahan ini. Namun penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerjasama dan kreativiti akan difokuskan dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.
Setelah mengikuti perkhemahan ini, dengan harapan dan hasrat kami kepada para peserta menjadi seorang yang memahami erti berdikari dan mengenal diri sendiri dalam pembinaan modal insan yang berguna lagi berilmu.

Maklumat Ringkas Program
Perkhemahan ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam (bertempat di PDK Petra Jaya, Semariang Batu) dan jumlah peserta adalah terhad sehingga 40 orang dalam lingkungan umur 9 hingga 15 tahun. Walaubagaimanapun peserta yang berminat diantara umur 7 dan 8 tahun akan dipertimbangkan untuk mengikuti perkhemahan ini.
Mereka akan dipecahkan dalam beberapa kumpulan dan akan diketuai oleh seorang ‘mentor’. Manakala fasilitator akan mengendalikan aktiviti program sepenuhnya.
Tenaga fasilitator dan mentor terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan Yayasan Salam Malaysia(Kuching) separuh masa dan sepenuh masa.

Kepada sesiapa yang berminat sila dapatkan borang pendaftaran daripada En. Hamzah Saufi di Pusat ICT Salam-Kemas Semariang Batu.

Segala pertanyaan bolehlah hubuungi :-
· Hamzah (013-8202198) ( sabarbyk2@yahoo.com )
· Aisah (013-8241498)
· Kak Zakiah (013-8100116)
· Pejabat (082-445116)

Tempat : PDK PetraJaya, Kuching
Tarikh : 5 hingga 8 November 2008
Masa Pendaftaran : 2.00pm

(Jadual di sebelah merupakan aktiviti program yang akan dijalankan nanti. Sekiranya terdapat pertukaran aktiviti, kami akan maklumkan selanjutnya dan mohon kemaafan di atas segala kekurangan)

TERIMA KASIH

No comments: