Sunday, November 23, 2008
Program Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2008
Pengenalan
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua yang saya hormati sekalian. Untuk julung kalinya PUSAT ICT SALAM-KEMAS akan mengadakan satu program yang akan dilaksanakan pada musim cuti akhir tahun persekolahan. Program ini dinamakan ‘PERKHEMAHAN SALAM ILMU 2008’ anjuran PUSAT ICT SALAM-KEMAS dibawah YAYASAN SALAM MALAYSIA. Oleh itu pelajar Pusat ICT serta ibubapa amatlah dialu-alukan untuk bersama menjayakan perkhemahan ini nanti
Tujuan
Di samping mengisi masa lapang cuti persekolahan, ia bertujuan untuk menambahkan ilmu dan memantapkan lagi daya pemikiran kepada para peserta. Semasa mengikuti perkhemahan ini nanti, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan mereka juga akan mendapat satu pengalaman pembelajaran masa kini seperti dalam bidang pengkomputeran. Tidak lupa juga dari segi keagamaan akan turut disalurkan.
Selain daripada itu, sikap kesukarelaaan dan daya pemikiran yang progresif akan diambil kira untuk mengisi tempat dalam perkhemahan ini. Namun penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerjasama dan kreativiti akan difokuskan dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.
Setelah mengikuti perkhemahan ini, dengan harapan dan hasrat kami kepada para peserta menjadi seorang yang memahami erti berdikari dan mengenal diri sendiri dalam pembinaan modal insan yang berguna lagi berilmu.
Maklumat Ringkas Program
Perkhemahan ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam (bertempat di PDK Petra Jaya, Semariang Batu) dan jumlah peserta adalah terhad sehingga 40 orang dalam lingkungan umur 9 hingga 15 tahun. Walaubagaimanapun peserta yang berminat diantara umur 7 dan 8 tahun akan dipertimbangkan untuk mengikuti perkhemahan ini.
Mereka akan dipecahkan dalam beberapa kumpulan dan akan diketuai oleh seorang ‘mentor’. Manakala fasilitator akan mengendalikan aktiviti program sepenuhnya.
Tenaga fasilitator dan mentor terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan Yayasan Salam Malaysia(Kuching) separuh masa dan sepenuh masa.
Kepada sesiapa yang berminat sila dapatkan borang pendaftaran daripada En. Hamzah Saufi di Pusat ICT Salam-Kemas Semariang Batu.
Segala pertanyaan bolehlah hubuungi :-
· Hamzah (013-8202198) ( sabarbyk2@yahoo.com )
· Aisah (013-8241498)
· Kak Zakiah (013-8100116)
· Pejabat (082-445116)
Tempat : PDK PetraJaya, Kuching
Tarikh : 5 hingga 8 November 2008
Masa Pendaftaran : 2.00pm
(Jadual di sebelah merupakan aktiviti program yang akan dijalankan nanti. Sekiranya terdapat pertukaran aktiviti, kami akan maklumkan selanjutnya dan mohon kemaafan di atas segala kekurangan)
TERIMA KASIH
Tuesday, November 11, 2008
Sunday, November 9, 2008
Gambar semasa kelas ict dijalankan
Beginilah kami membuat ulangkaji mengikut peringkat kebolehan pemahaman pelajar. pada kebiasaannya ulangkaji ini dibuat dengan cara memberi tunjuk ajar(demo) dan soal jawab(kuiz). Selepas itu barulah pelajar membuat praktikal di mana mereka disuruh untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang akan diajukan. Dengan cara ini, barulah mereka memahami dengan baik. Ramai di kalangan mereka adalah peljar sekolah rendah, walaubagaimanapun mereka memberi komitmen yang tinggi dan ada di kalangan mereka yang cepat menangkap atau memahami sesuatu pelajaran dengan cepat.
Walaupun ada yang sudah mengenal alam pengkomputeran, namun mereka belumlah dapat dikatakan mahir dalam bidang ini. Setakat ini, apa yang diperhatikan segelintir daripada mereka sudah dapat mengendalikan penggunaan komputer(microsoft word) dengan baik, ini adalah kerana mereka rajin untuk menghadiri kelas ICT. selain daripada itu, mereka juga didedahkan dengan aktiviti lain seperti kreativiti, kuiz, dan lain-lain lagi. Ia bertujuan untuk menjalinkan erti kepimpinan dan kerjasama dala sebuah pasukan. Daripada itu, mereka dapat menjalinkan hubungan yang akrab sesama mereka. Di samping itu, mereka akan dapat berkongsi dan berbincang pelajaran sesama mereka. Justeru itu, ini juga dapat meningkatkan tahap pemikiran dan dapat membantu rakan-rakan yang lain.