Monday, November 3, 2008

Kata Pendahuluan dan Informasi Pusat ICT Salam

Pusat ICT Salam-Kemas Semariang Batu

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera kepada saudara dan saudari sekalian. Alhamdulillah segala puji bagi Allah ta'ala kerana telah mengizinkan saya untuk mengutarakan serba sedikit informasi maklumat kepada anda sekalian.
Pusat ICT Salam-Kemas terletak di kampung Semariang Batu, Petra Jaya Kuching Sarawak. Pusat ICT ini telah pun dirasmikan oleh YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N7 Samariang pada 23 Ogos 2008 di Dewan Serbaguna Kampung Semariang Batu. Projek komuniti ini adalah hasil kerjasama Yayasan Salam Malaysia dan Philip Morris (Malaysia). Dengan adanya Pusat ICT ini, para penduduk yang berdekatan adalah sangat bertuah untuk menceburkan diri di dalam bidang pengkomputeran.
Menyedari hakikat ini, seramai 120 orang telah pun berdaftar sebagai pelajar ICT(information communication technology). Hasil kaji selidik dari kami didapati bahawa ramai di kalangan pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah rendah memberi komitmen yang tinggi di mana mereka telah menghadiri kelas yang sudah dijalankan. Segelintirnya ialah pelajar dari sekolah menengah dan tidak lupa juga kepada golongan ibu. Pelajar-pelajar di sini didedahkan dengan penggunaan komputer samada software dan juga hardware. Namun pelajaran yang utama di sini ialah Microsft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point, dan seumpamanya.
Alangkah bertuahnya mereka kan, sesuai dengan dunia pemodenan di alaf baru yang banyak menggunakan bidang pengkomputeran terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika, Jepun, Perancis, United Kingdom, Jerman dan lain-lain lagi. Maka dengan ini, warganegara Malaysia pun tidak ketinggalan.
Baiklah, apa macam? seronoknya penduduk di kampung yang berdekatan dengan Pusat ICT ini kan. selain mendapat ilmu baru, pelajar di sini juga mendapat pelbagai aktiviti yang bakal ditempuhi nanti. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, bolehlah datang ke tempat kami atau hubungi saya menerusi email sabarbyk2@yahoo.com. insyaAllah semoga berjumpa dan kami sentiasa menunggu anda...
sekian terima kasih
wassalam

No comments: